Isnin, 3 Ogos 2009

TONY FERNANDES _AIRASIA



Tony Fernandes tidak pernah terlibat dalam industri penerbangan sebelum ini dan beliau bermula dari kosong. Beliau tidak mempunyai sebarang kepakaran melainkan minat! Ini bermakna, sesuatu perniagaan tidak semestinya hanya boleh dilakukan golongan yang sudah dalam industri terbabit. Siapa kata tidak boleh?Macam sayalah, bisnes internet pun boleh dilakukan graduan jurutera. Hoho.

Menjimatkan kos

Dalam perniagaan, usahawan perlu berfikir bagaimana untuk menambahkan keuntungan dan mengurangkan kos bagi kekal kompetitif. Tahukah anda bahawa Tony Fernandes tidak duduk dipejabat dalam satu bilik khas. Beliau hanya bekerja disekeliling staff (sebelah kiub sahaja). Juruterbang AirAsia pun menutup pintu kapal terbang sendiri tanpa perlu meminta mana-mana pegawai. Jadi jimat dah kos menggaji staff disitu.

Sentiasa mencari publisiti untuk perniagaan

Perasan tak, Tony Fernandes kalau muncul dalam media cetak, tv, berucap dan mana-mana pun satu yang tidak lepas adalah sentiasa mempromosikan syarikatnya.

Dengan perwatakan topi merah AirAsia, ini adalah satu promosi yang murah. Maksud mencari publisiti untuk perniagaan adalah supaya pelanggan sentiasa melihat perniagaan kita secara kerap.
Ingat tak, secara psikologinya, kebanyakan pelanggan akan membeli selepas melihat berkali-kali iklan kita. Sebab itu jangan memakai baju Nike ke Adidas ke, sebab anda promosi jenama tersebut. Apabila anda promosi, maka makin popular. Apabila makin popular, makin mahal sebab ada style dan brand. Efeknya, anda terpaksa membayar harga yang mahal lain kali.
Apa kata anda pakai baju syarikat atau yang terpampang laman web anda. Apa nak malu, orang ke-15 terkaya di Malaysia pun pakai macam itu!

Kekayaan bukan dari segi material

Tony Fernandes tidak memakai kereta mewah. Beliau hanya memandu kereta biasa dan mesra, mudah didekati. Walaupun berperwatakan biasa, beliau adalah individu ke 15 terkaya di Malaysia.

Internet, Internet, Internet

Manfaatkan teknologi untuk kegunaan bisnes. Salah satunya adalah internet. AirAsia meraih bilion ringgit hanya melalui jualan diinternet. Teknologi banyak membantu menjimatkan masa dan kos.
Jika anda berminat mempelajari bagaimana AirAsia menggunakan internet sebagai salah satu alat perniagaanya, anda boleh berdaftar untuk ke seminar perniagaan internet kami disini.

Mesra dan mudah didekati


Apabila anda sudah hebat dalam perniagaan, jangan berlagak anda berada ditempat yang atas. Jangan tunjukkan ciri-ciri ekslusif anda. Tony Fernandes tidak kisah memberikan nombor telefonnya kepada wartawan dan tidak kisah untuk ditemuramah. Baginya, ini satu strategi mempromosikan jenama AirAsia. Tidak ada maksud privilege dalam kamus hidupnya.

Jadilah orang yang kreatif! Back end selling!

Kalau anda perasan, AirAsia pandai membuat back-end selling dalam jualan tiketnya. Kalau anda nak jadi pelanggan yang dapat tempat duduk pertama dan tidak mahu beratur, anda kena tambah RM10.

Jadi, fikirkan cara bagaimana untuk menarik pelanggan membayar lebih dari apa yang sepatutnya.

Joint Venture

Kadangkala dalam dunia bisnes, kita tidak mampu membuat semuanya serentak. AirAsia begitu pantas berkembang kerana mereka bijak menggunakan peluang yang orang lain tidak nampak iaitu mengadakan kerjasama dengan syarikat luar negara.
Sebab itu, dalam masa 5 tahun ini, AirAsia sudah ada di Thailand, Filipina, Indonesia, dan lain-lain tempat.
Banyak lagi sebenarnya dalam buku setebal 159 ini. Tetapi paling penting yang sentiasa saya ingat adalah, kita perlu berani untuk mempunyai impian walaupun impian itu gila bagi orang lain.

Tanpa impian, tidak ada AirAsia.

1 ulasan: